Saturday, October 9, 2010

Isu AJK 2/2010

Isu :

Peraturan menghadkan menduduki PTK sebanyak 2 kali jika telah memperoleh tahap 3


Rasional:
Calon yang menduduki PTK sebanyak 2 kali dan memperoleh tahap 3 tidak berpeluang mendapat anjakan gaji dan peluang ini seperti tertutup terus buat mereka. Walaupun keputusan tahap 3 layak untuk kenaikan pangkat, tetapi realitinya kenaikan pangkat agak sukar

Cadangan:
KGMMB Kedah Tengah bersetuju peraturan ini dikekalkan dengan syarat calon yang telah memperoleh keputusan PTK tahap 3 sebanyak 2 kali ini diberi anjakan gaji secara automatik

Thursday, May 27, 2010

Usul Mesyuarat Agung 2010

Usul 1


i) Pindaan berdasarkan Buku Peraturan dan Perlembagaan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB). Peraturan 4. Perkara (1) Mukasurat 4 :

i) Yuran Masuk RM2.00 dimansuhkan.
ii) Yuran Bulanan dinaikkan daripada RM2.00 kepada RM6.00
iii) Yuran Tabungan Kebajikan dinaikkan daripada RM2.00 kepada RM4.00.

ii) Pindaan peraturan Tambahan Tabung Kebajikan. Perkara 8, 9, 10 & 11.
Muka surat 57-58.

a) Hadiah Siswa : RM200.00 dikekalkan.

b) Sakit : 1 hari dibayar RM30.00 sehingga maksimum 20 hari
(RM600.00)

c) Bersara : RM400.00 dinaikkan kepada RM500.00
(Perkara 10, muka surat 57)

d) Kematian : RM400.00 dinaikkan kepada RM1000.00
(Perkara 9, muka surat 57)
e) Tambahan : Kematian Suami/Isteri Ahli RM1000.00
Kematian Anak/Ibu/Bapa Ahli RM500.00

Usul 2

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KGMMB 2010 yang bersidang pada 22 Mei 2010, mendesak supaya :

2.1. Dipercepatkan cadangan 1 kelas 25 pelajar bagi mengatasi beban tugas guru

2.2. Norma perjawatan guru 1:7 direalisasikan di semua sekolah.

ISU MESYUARAT AJK 2010

1. Arahan yang selalu berubah-rubah

1.1. Arahan tentang tarikh sukan sekolah yang dilewatkan menimbulkan pelbagai rungutan banyak pihak.

1.2. Arahan sukan sekolah tidak dibenarkan dibuat pada waktu pagi. Keadaan ini menimbulkan masalah kepada pelajar luar bandar yang tiada kemudahan pengangkutan awam sebab sukan akan tamat pada lewat petang.

Cadangan:

Sukan dibenarkan dibuat mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.

2. Guru Tak Berfungsi ( Sakit mental )


Terdapat guru bermasalah (tak berfungsi) di sekolah. Mereka ini menimbulkan bahaya dan pelbagai masalah kepada pentadbiran sekolah

Cadangan

Kementerian memberi taraf “Medical Board“ kepada guru-guru ini


3.Mata Pelajaran Pendidikan Vokasional (MPV)


3.1. Setiap sekolah diagihkan berlainan subjek MPV. Di sini timbul dimanakan halatuju MPV ini.

3.2. Selain itu guru-guru yang mengajar mata pelajaran MPV tidak boleh bertukar ke sekolah lain. Apakah rasional?


Cadangan

1. Memberi kelonnggaran kepada guru ini untuk bertukar sekolah


2. Pihak kementerian juga dicadangkan membina satu institut kemahiran khas bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 (pelajar yang tidak mahu belajar) yang lebih menjurus ke arah pekerjaan dan tidak perlu kepada peperiksaan akademik seperti sekolah lain kerana mereka adalah sumber buruh negara pada masa depan


4. Pendidikan Seks di sekolah


Membantah cadangan Pendidikan Seks di sekolah kerana kurikulum sekolah terlalu banyak. Sekolah seolah-olah menjadi lambakan pelbagai kurikulum


5. Pegawai Khas Aset Sekolah


Beban tugas pentadbir dan staf sokongan bertambah untuk mentadbir aset-aset sekolah.


Dicadangkan supaya semua sekolah ditempat Pegawai Aset Khas bagi memantau kedudukan aset-aset sekolah.


6. Pembantu Guru


KPM digesa supaya dipercepatkan perlantikan jawatan Pembantu Guru. Dicadangkan satu aliran satu pembantu guru.


7. Pustakawan Sekolah


Jawatan Pustakawan Sekolah hendaklah diwujudkan di semua sekolah rendah dan menengah. Dicadangkan sekolah melebihi 900 pelajar satu pustakawan.

ISU MESYUARAT AJK 2009

1. Keutamaan Anak Guru Memasuki IPTA, MRSM, IPGM dan SBP

Mencadangkan pihak kementerian mengutamakan peluang kepada anak-anak guru dalam sesuatu temuduga untuk memasuki IPTA, IP, MRSM dan SBP. ( Macam yang diamalkan oleh pihak polis dan tentera )

2. Kenaikan Pangkat Untuk Guru-Guru Bukan Siswazah

Beliau merasakan pihak Menteri Pelajaran kurang memberi peluang kepada guru-guru bukan siswazah dalam kenaikan pangkat dan peluang-peluang lain. Beliau mencadangkan supaya Menteri Pelajaran memberi peluang sama kepada guru-guru bukan siswazah ini kerana golongan ini pun akan jumud tak lama lagi.

3. Elaun Sewa Rumah

Harap KGMMB Pusat mengungkit semula janji Pak Lah semasa Hari Guru tentang semakan semula elaun sewa rumah kepada semua guru.

4. Mengkaji semula Gred Perjawatan Guru

Perjawatan yang dicadangkan :
1. Penolong Kanan - DG36
2. Guru Besar - DG38
3. Guru Besar Cemerlang - DG40
4. Guru Cemerlang - DG34
5. Guru Time Based - DG32

5. Beban Tugas Sekolah 2 Sesi

Banyak lagi sekolah yang menjalankan persekolahan 2 sesi. Dicadangkan kerajaan memberi elaun khas sebanyak RM500.00.
Sebab :
1. Beban kerja bertambah
2. Pengurusan kerja berlebihan
3. Penyeliaan guru dan murid bertambah
4. Pentadbiran semakin rumit

6. Penempatan Juruteknik Komputer di Semua Sekolah

Segerakan penempatan Juruteknik Komputer di sekolah-sekolah tanpa mengambilkira sekolah yang mempunyai pusat akses atau tidak kerana semua sekolah menggunakan peralatan komputer dalam sistem pentadbiran harian.

7. Kekurangan Guru di Daerah Baling dan Sik

Masalah kekurangan masa berlaku di Daerah Baling dan Sik dan setakat kekurangan ini ditampung dengan guru GSTT. Beliau mencadangkan supaya guru GSTT ini diberi kursus KDC dan seterusnya bolehlah diserapkan ke jawatan tetap untuk mengatasi masalah kekuranga guru yang sudah lama tidak dapat diatasi.

8. Bayaran Makan Asrama

Kerajaan diminta mengkaji semula kenaikan bayaran makan asrama bagi pelajar yang tinggal di asrama. Kenaikan ini dirasakan membebankan kerana terlalu tinggi (RM1.00 kepada RM3.00)

9. Pemotongan Peruntukan 2010

Meminta kerajaan tidak memotong peruntukan yang diberi kepada Kementerian Pelajaran kerana aset penting negara. Jika pemotongan peruntukan ini dibuat, akan menyebabkan segala perancangan yang dirancang akan tergendala.

10. Bilangan Maksimum Mata Pelajaran Dalam SPM

KGMMB mendesak supaya KPM mengekalkan 12 mata pelajaran maksimum untuk semua pelajar SPM di semua sekolah. Tetapi dalam pengiraan untuk keputusan keseluruhan, hanya 10 mata pelajaran terbaik sahaja diambilkira.

11. Syarat Wajib Lulus Bahasa Inggeris SPM

KPM didesak supaya tidak tergesa-gesa menguatkuasakan syarat ini. KGMMB bersetuju dengan langkah ini demi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Sebelum peraturan ini dikuatkuasakan beberapa perkara harus diteliti dahulu dan diatasi. Antaranya :
1. Guru Bahasa Inggeris mesti berkualiti dan mengcukupi terutamanya di kawasan luar bandar.

2. Kurikulum Bahasa Inggeris mesti dikaji semula dan diberatkan kepada kemahiran menulis, membaca dan bertutur.

3. Pengagihan guru Bahasa Inggeri mesti seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar.

ISU MESYUARAT AJK 2008

1.Sekolah yang belum menerima sijil menduduki

Masalah ini telah berlarutan lama dan mungkin kalau tak ditangani akan dibiarkan berterusan begitu selamanya.

Jika berlaku sesuatu kemalangan di sekolah ini siapakah yang dipersalahkan kerana pendudukan guru dan pelajar di sini adalah secara tak sah ( haram )

2.Beban tugas guru data sekolah

Mereka dibebankan dengan tugas-tugas lain juga seperti guru biasa seperti Guru Tingkatan, Ketua Panitia , Guru Rumah Sukan, Jurulatih Pasukan Sekolah, Penyelaras ICT Sekolah, Bilangan waktu mengajar seminggu sama dengan guru lain dan lain-lain lagi.

Cadangan :
1. Perjawatan Guru Data dimasukkan dalam kategori “over and above” atau

2. Diberi elaun kritikal atau

3. Waktu menguruskan data dimasukkan dalam jadual waktu dan dikira sebagai jumlah bilangan waktu mengajar seminggu atau

4. Bilangan waktu mengajar seminggu tidak lebih 12 waktu

3.Masalah penipuan kontraktor dalam pembinaan sekolah.

Contohnya keluasan kawasan berpagar tidak sama dengan keluasan kawasan sekolah sebenar seperti dalam pelan asal.


Cadangan
1. Meminta kontraktor tersebut memagar semula kawasan sekolah seperti dalam pelan asal.

2. Jika ingkar, kontraktor berkenaan disenaraihitamkan daripada semua projek kerajaan

3. Meminta kontraktor tersebut membayar kos tersebut, jika pihak sekolah menguruskan kerja-kerja memagar kawasan sekolah berkenaan

4. Rumah Guru

Masalah rumah guru yang menjadi projek ‘Gajah Putih” disebabkan bebanan pembayaran bulanan api dan air yang tinggi.

Semua penghuni yang mendiami rumah guru telah keluar dan menyewa atau membeli rumah sendiri. Rumah guru tersebut terbiar dan menjadi bahan penceroboh / pencuri yang mencuri segala peralatan di situ.

Cadangan :
1. Masalah bil bayaran api dan air hendak secara meter individu dan tarifnya adalah sama seperti tarif kediaman rumah biasa

2. Sepatutnya beban kewangan guru yang mendiami rumah guru adalah lebih ringan daripada menyewa rumah luar atau membeli rumah sendiri.

5.Aktiviti Luar Sekolah (Kokurikulum)

Isu guru membawa pelajar untuk aktiviti luar dengan kenderaan sendiri. Keadaan ini mendedahkan guru kepada risiko jika berlaku sesuatu kemalangan jalan raya kerana pelajar tersebut tidak dilindungi oleh insurans seperti kenderaan awam. Jadi pihak waris pelajar boleh mengambil tindakan menyaman guru dan menuntut sejumlah ganti rugi akibat kemalangan tersebut.

Cadangan
Mendesak Kementerian Pelajaran mewujudkan insurans berkelompok untuk semua guru di Malaysia dengan bayaran premium yang berpatutan.

6. Kekurangan guru Bahasa Inggeris di sekolah luar bandar

Prestasi mata pelajaran Bahasa Inggeris pelajar sekolah di luar bandar kurang memuaskan. Jadi bekalan guru Bahasa Inggeris yang mencukupi dan cemerlang amat diperlukan. Tetapi apa yang berlaku beberapa sekolah di luar bandar ( terutama Daerah Sik ) berlaku kekurangan guru Bahasa Inggeris. Contohnya SK Kota Aur tiada langsung guru Bahasa Inggeris, SK Seri Ampang Muda kekurangan 1 orang, SK Gulau kekurangan 2 orang dan SK Sik kekurangan 2 orang.

Cadangan
Dicadangkan supaya pihak JPN membekalkan guru Bahasa Inggeris yang mencukupi ke sekolah-sekolah tersebut bagi kelancaran P&P Bahasa Inggeris di sana dengan kadar segera.

ISU MESYUARAT AJK KELIMA 2007

1. Nilai Prestasi yang rendah

Prestasi guru merupakan salah satu elemen penting dalam pertimbangan kenaikan pangkat. Didapati Guru Besar yang terlalu ”kedekut” dalam pemberian markah prestasi yang lebih tinggi kepada guru-guru di sekolahnya. Keadaan ini berbeza dengan Guru Besar SJKC dan SJKT yang memberi markah yang tinggi kepada guru-gurunya. Ini menyebabkan guru SK kecewa dan tidak bermotivasi dalam tugasnya.

Dicadangkan Supaya Guru Besar tidak terlalu ”kedekut” markah.

2. Penempatan guru di Daerah Sik

Hingga kini berlaku kekurangan guru di daerah Sik. Ini berlaku terutamanya Guru Pra dan Pembantu Pra.

Dicadangkan KPM Mempercepat penempatan guru bagi daerah Sik bagi mengisi kekurangan guru , terutamanya Guru Pra dan Pembantu Pra

3. Time Based DGA29 ke DGA32

Kenaikan pangkat secara time based masih terdapat ketidakadilan yang berlaku, iaitu terdapat guru yang berkhidmat terlalu lama masih tidak menikmatinya manakala guru baru telah menikmatinya. Ini mungkin berlaku disebabkan PTK yang menyekat hak guru berkenaan. Ada juga guru yang memohon ( isi borang ) DGA32 tidak berjaya tetapi guru yang tidak memohon berjaya.

Cadangan
1.Guru yang berkhidmat melebihi 20 tahun diberi DGA32 kesemuanya atau

2.Guru yang berkhidmat melebihi 20 tahun dikehendaki mengambil PTK dan diberi DGA32 tanpa mengira ia lulus atau tidak PTK itu.

4. Baucer Tuisyen

Masalah pelajar miskin tidak mampu mengikuti kelas tuisyen tidak terhad di sekolah rendah sahaja malah fenomena sama juga berlaku di sekolah menengah

Cadangan
Skim baucer tuisyen dipanjangkan ke sekolah menengah supaya masalah pelajar miskin tidak mampu mengikuti kelas tuisyen dapat diatasi

5. Prestasi pelajar kelas Pra tidak memberangsangkan

Didapati prestasi pelajar kelas pra tidak memuaskan jika dibandingkan dengan pelajar bukan dari kelas pra.

Cadangan
1.Mengkaji semua kurikulum kelas pra supaya dapat meningkatkan prestasi pelajar kelas pra setanding pelajar tadika lain terutamanya kelas tadika swasta.
2.Pelajar di peringkat Pra diajar dalam Bahasa Inggeris keseluruhannya

6. Keputusan PTK diragui

Peperiksaan PTK yang dijalan dalam bentuk soalan objektif, tetapi yang menghairankan keputusan yang dikeluarkan terlalu lambat pada hal dalam dunia ICT kini perkara ini dapat dikeluarkan dalam masa yang singkat sahaja.Ini menimbulkan keraguan yang keputusan itu tidak telus dan cuba disusun semula ( ubahsuai ) untuk memenuhi kehendaki tertentu. Kalau itulah yang terjadi maka tidak ada gunanya diadakan peperiksaan kerana membuang masa, tenaga dan wang sahaja

Cadangan
1.Dimansuhkan PTK atau

2.Umumkan keputusan PTK yang sebenar ( telus ) tanpa ubahsuai

7. Guru yang melanjutkan pelajaran bagi mendapatkan ijazah

Guru DGA 29 yang melanjutkan pelajaran bagi mendapatkan ijazah merasa kekananannya ( seniority ) hilang kerana tempoh perkhidmatan sebelum memperoleh ijazah tidak diambil kira untuk kenaikan pangkat dalam skim siswazah. Ini merupakan suatu kerugian kepada guru berkenaan.

Cadangan
Dicadangkan guru yang melanjutkan pelajaran dikecualikan 10 tahun lantikan untuk mendapat DG44 jika ia lulus PTK dengan syarat telah berkhidmat 10 tahun sejak dalam DGA29

8 Penempatan guru

Fenomena yang berlaku di mana guru terpaksa menolak tawaran jawatan tertentu kerana ditempatkan jauh dan membebankan kewangan guru tersebut walaupun berlaku sedikit kenaikan gaji

Cadangan
1.Kekosongan jawatan diisi oleh guru dalam daerah berkenaan

2.Guru yang menolak tawaran tidak ”didenda” dan beliau boleh dipertimbangkan tawaran bagi tahun hadapan

ISU MESYUARAT AGUNG 2006

1. Pihak kesatuan membuat sesuatu supaya mengenang jasa guru-guru yang akan bersara
sebagai jasa mereka selama ini.

2. Meminta pihak kesatuan mendesak pihak kementerian supaya lebih mengutamakan anak-anak guru untuk memasuki sekolah berasrama penuh atau asrama harian

3. Usul pada tahun lepas , terutama tentang kenaikan jariah kematian kepada ahli dan keluarga ahli. Pihak kesatuan diminta mengkaji semula supaya kebajikan ahli lebih terbela

4. Membaiki segala kelemahan yang terdapat dalam pentadbiran kesatuan supaya KGMMB menjadi kesatuan yang lebih berwibawa dan dapat menarik minat para guru untuk menjadi ahli

5. Meminta KGMMB Pusat memberi perhatian kepada KGMMB Cawangan Kedah Tengah, terutama permintaan membeli rumah kedai bagi tujuan dijadikan pejabat dan kedai koperasi di Sungai Petani.