Thursday, May 27, 2010

ISU MESYUARAT AJK 2009

1. Keutamaan Anak Guru Memasuki IPTA, MRSM, IPGM dan SBP

Mencadangkan pihak kementerian mengutamakan peluang kepada anak-anak guru dalam sesuatu temuduga untuk memasuki IPTA, IP, MRSM dan SBP. ( Macam yang diamalkan oleh pihak polis dan tentera )

2. Kenaikan Pangkat Untuk Guru-Guru Bukan Siswazah

Beliau merasakan pihak Menteri Pelajaran kurang memberi peluang kepada guru-guru bukan siswazah dalam kenaikan pangkat dan peluang-peluang lain. Beliau mencadangkan supaya Menteri Pelajaran memberi peluang sama kepada guru-guru bukan siswazah ini kerana golongan ini pun akan jumud tak lama lagi.

3. Elaun Sewa Rumah

Harap KGMMB Pusat mengungkit semula janji Pak Lah semasa Hari Guru tentang semakan semula elaun sewa rumah kepada semua guru.

4. Mengkaji semula Gred Perjawatan Guru

Perjawatan yang dicadangkan :
1. Penolong Kanan - DG36
2. Guru Besar - DG38
3. Guru Besar Cemerlang - DG40
4. Guru Cemerlang - DG34
5. Guru Time Based - DG32

5. Beban Tugas Sekolah 2 Sesi

Banyak lagi sekolah yang menjalankan persekolahan 2 sesi. Dicadangkan kerajaan memberi elaun khas sebanyak RM500.00.
Sebab :
1. Beban kerja bertambah
2. Pengurusan kerja berlebihan
3. Penyeliaan guru dan murid bertambah
4. Pentadbiran semakin rumit

6. Penempatan Juruteknik Komputer di Semua Sekolah

Segerakan penempatan Juruteknik Komputer di sekolah-sekolah tanpa mengambilkira sekolah yang mempunyai pusat akses atau tidak kerana semua sekolah menggunakan peralatan komputer dalam sistem pentadbiran harian.

7. Kekurangan Guru di Daerah Baling dan Sik

Masalah kekurangan masa berlaku di Daerah Baling dan Sik dan setakat kekurangan ini ditampung dengan guru GSTT. Beliau mencadangkan supaya guru GSTT ini diberi kursus KDC dan seterusnya bolehlah diserapkan ke jawatan tetap untuk mengatasi masalah kekuranga guru yang sudah lama tidak dapat diatasi.

8. Bayaran Makan Asrama

Kerajaan diminta mengkaji semula kenaikan bayaran makan asrama bagi pelajar yang tinggal di asrama. Kenaikan ini dirasakan membebankan kerana terlalu tinggi (RM1.00 kepada RM3.00)

9. Pemotongan Peruntukan 2010

Meminta kerajaan tidak memotong peruntukan yang diberi kepada Kementerian Pelajaran kerana aset penting negara. Jika pemotongan peruntukan ini dibuat, akan menyebabkan segala perancangan yang dirancang akan tergendala.

10. Bilangan Maksimum Mata Pelajaran Dalam SPM

KGMMB mendesak supaya KPM mengekalkan 12 mata pelajaran maksimum untuk semua pelajar SPM di semua sekolah. Tetapi dalam pengiraan untuk keputusan keseluruhan, hanya 10 mata pelajaran terbaik sahaja diambilkira.

11. Syarat Wajib Lulus Bahasa Inggeris SPM

KPM didesak supaya tidak tergesa-gesa menguatkuasakan syarat ini. KGMMB bersetuju dengan langkah ini demi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Sebelum peraturan ini dikuatkuasakan beberapa perkara harus diteliti dahulu dan diatasi. Antaranya :
1. Guru Bahasa Inggeris mesti berkualiti dan mengcukupi terutamanya di kawasan luar bandar.

2. Kurikulum Bahasa Inggeris mesti dikaji semula dan diberatkan kepada kemahiran menulis, membaca dan bertutur.

3. Pengagihan guru Bahasa Inggeri mesti seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar.

No comments:

Post a Comment