Thursday, May 27, 2010

ISU MESYUARAT AJK KELIMA 2007

1. Nilai Prestasi yang rendah

Prestasi guru merupakan salah satu elemen penting dalam pertimbangan kenaikan pangkat. Didapati Guru Besar yang terlalu ”kedekut” dalam pemberian markah prestasi yang lebih tinggi kepada guru-guru di sekolahnya. Keadaan ini berbeza dengan Guru Besar SJKC dan SJKT yang memberi markah yang tinggi kepada guru-gurunya. Ini menyebabkan guru SK kecewa dan tidak bermotivasi dalam tugasnya.

Dicadangkan Supaya Guru Besar tidak terlalu ”kedekut” markah.

2. Penempatan guru di Daerah Sik

Hingga kini berlaku kekurangan guru di daerah Sik. Ini berlaku terutamanya Guru Pra dan Pembantu Pra.

Dicadangkan KPM Mempercepat penempatan guru bagi daerah Sik bagi mengisi kekurangan guru , terutamanya Guru Pra dan Pembantu Pra

3. Time Based DGA29 ke DGA32

Kenaikan pangkat secara time based masih terdapat ketidakadilan yang berlaku, iaitu terdapat guru yang berkhidmat terlalu lama masih tidak menikmatinya manakala guru baru telah menikmatinya. Ini mungkin berlaku disebabkan PTK yang menyekat hak guru berkenaan. Ada juga guru yang memohon ( isi borang ) DGA32 tidak berjaya tetapi guru yang tidak memohon berjaya.

Cadangan
1.Guru yang berkhidmat melebihi 20 tahun diberi DGA32 kesemuanya atau

2.Guru yang berkhidmat melebihi 20 tahun dikehendaki mengambil PTK dan diberi DGA32 tanpa mengira ia lulus atau tidak PTK itu.

4. Baucer Tuisyen

Masalah pelajar miskin tidak mampu mengikuti kelas tuisyen tidak terhad di sekolah rendah sahaja malah fenomena sama juga berlaku di sekolah menengah

Cadangan
Skim baucer tuisyen dipanjangkan ke sekolah menengah supaya masalah pelajar miskin tidak mampu mengikuti kelas tuisyen dapat diatasi

5. Prestasi pelajar kelas Pra tidak memberangsangkan

Didapati prestasi pelajar kelas pra tidak memuaskan jika dibandingkan dengan pelajar bukan dari kelas pra.

Cadangan
1.Mengkaji semua kurikulum kelas pra supaya dapat meningkatkan prestasi pelajar kelas pra setanding pelajar tadika lain terutamanya kelas tadika swasta.
2.Pelajar di peringkat Pra diajar dalam Bahasa Inggeris keseluruhannya

6. Keputusan PTK diragui

Peperiksaan PTK yang dijalan dalam bentuk soalan objektif, tetapi yang menghairankan keputusan yang dikeluarkan terlalu lambat pada hal dalam dunia ICT kini perkara ini dapat dikeluarkan dalam masa yang singkat sahaja.Ini menimbulkan keraguan yang keputusan itu tidak telus dan cuba disusun semula ( ubahsuai ) untuk memenuhi kehendaki tertentu. Kalau itulah yang terjadi maka tidak ada gunanya diadakan peperiksaan kerana membuang masa, tenaga dan wang sahaja

Cadangan
1.Dimansuhkan PTK atau

2.Umumkan keputusan PTK yang sebenar ( telus ) tanpa ubahsuai

7. Guru yang melanjutkan pelajaran bagi mendapatkan ijazah

Guru DGA 29 yang melanjutkan pelajaran bagi mendapatkan ijazah merasa kekananannya ( seniority ) hilang kerana tempoh perkhidmatan sebelum memperoleh ijazah tidak diambil kira untuk kenaikan pangkat dalam skim siswazah. Ini merupakan suatu kerugian kepada guru berkenaan.

Cadangan
Dicadangkan guru yang melanjutkan pelajaran dikecualikan 10 tahun lantikan untuk mendapat DG44 jika ia lulus PTK dengan syarat telah berkhidmat 10 tahun sejak dalam DGA29

8 Penempatan guru

Fenomena yang berlaku di mana guru terpaksa menolak tawaran jawatan tertentu kerana ditempatkan jauh dan membebankan kewangan guru tersebut walaupun berlaku sedikit kenaikan gaji

Cadangan
1.Kekosongan jawatan diisi oleh guru dalam daerah berkenaan

2.Guru yang menolak tawaran tidak ”didenda” dan beliau boleh dipertimbangkan tawaran bagi tahun hadapan

No comments:

Post a Comment