Thursday, May 27, 2010

ISU MESYUARAT AJK 2008

1.Sekolah yang belum menerima sijil menduduki

Masalah ini telah berlarutan lama dan mungkin kalau tak ditangani akan dibiarkan berterusan begitu selamanya.

Jika berlaku sesuatu kemalangan di sekolah ini siapakah yang dipersalahkan kerana pendudukan guru dan pelajar di sini adalah secara tak sah ( haram )

2.Beban tugas guru data sekolah

Mereka dibebankan dengan tugas-tugas lain juga seperti guru biasa seperti Guru Tingkatan, Ketua Panitia , Guru Rumah Sukan, Jurulatih Pasukan Sekolah, Penyelaras ICT Sekolah, Bilangan waktu mengajar seminggu sama dengan guru lain dan lain-lain lagi.

Cadangan :
1. Perjawatan Guru Data dimasukkan dalam kategori “over and above” atau

2. Diberi elaun kritikal atau

3. Waktu menguruskan data dimasukkan dalam jadual waktu dan dikira sebagai jumlah bilangan waktu mengajar seminggu atau

4. Bilangan waktu mengajar seminggu tidak lebih 12 waktu

3.Masalah penipuan kontraktor dalam pembinaan sekolah.

Contohnya keluasan kawasan berpagar tidak sama dengan keluasan kawasan sekolah sebenar seperti dalam pelan asal.


Cadangan
1. Meminta kontraktor tersebut memagar semula kawasan sekolah seperti dalam pelan asal.

2. Jika ingkar, kontraktor berkenaan disenaraihitamkan daripada semua projek kerajaan

3. Meminta kontraktor tersebut membayar kos tersebut, jika pihak sekolah menguruskan kerja-kerja memagar kawasan sekolah berkenaan

4. Rumah Guru

Masalah rumah guru yang menjadi projek ‘Gajah Putih” disebabkan bebanan pembayaran bulanan api dan air yang tinggi.

Semua penghuni yang mendiami rumah guru telah keluar dan menyewa atau membeli rumah sendiri. Rumah guru tersebut terbiar dan menjadi bahan penceroboh / pencuri yang mencuri segala peralatan di situ.

Cadangan :
1. Masalah bil bayaran api dan air hendak secara meter individu dan tarifnya adalah sama seperti tarif kediaman rumah biasa

2. Sepatutnya beban kewangan guru yang mendiami rumah guru adalah lebih ringan daripada menyewa rumah luar atau membeli rumah sendiri.

5.Aktiviti Luar Sekolah (Kokurikulum)

Isu guru membawa pelajar untuk aktiviti luar dengan kenderaan sendiri. Keadaan ini mendedahkan guru kepada risiko jika berlaku sesuatu kemalangan jalan raya kerana pelajar tersebut tidak dilindungi oleh insurans seperti kenderaan awam. Jadi pihak waris pelajar boleh mengambil tindakan menyaman guru dan menuntut sejumlah ganti rugi akibat kemalangan tersebut.

Cadangan
Mendesak Kementerian Pelajaran mewujudkan insurans berkelompok untuk semua guru di Malaysia dengan bayaran premium yang berpatutan.

6. Kekurangan guru Bahasa Inggeris di sekolah luar bandar

Prestasi mata pelajaran Bahasa Inggeris pelajar sekolah di luar bandar kurang memuaskan. Jadi bekalan guru Bahasa Inggeris yang mencukupi dan cemerlang amat diperlukan. Tetapi apa yang berlaku beberapa sekolah di luar bandar ( terutama Daerah Sik ) berlaku kekurangan guru Bahasa Inggeris. Contohnya SK Kota Aur tiada langsung guru Bahasa Inggeris, SK Seri Ampang Muda kekurangan 1 orang, SK Gulau kekurangan 2 orang dan SK Sik kekurangan 2 orang.

Cadangan
Dicadangkan supaya pihak JPN membekalkan guru Bahasa Inggeris yang mencukupi ke sekolah-sekolah tersebut bagi kelancaran P&P Bahasa Inggeris di sana dengan kadar segera.

No comments:

Post a Comment