Thursday, May 27, 2010

ISU MESYUARAT AJK KEDUA 2006

1. Memanjangkan gred gaji guru bukan siswazah

Rasional

1. Sebagai perbandingan gred gaji guru-guru siswazah ialah DG41, DG44, DG48, DG52, DG54, dan seterusnya. Manakala gred gaji guru-guru bukan siswazah Cuma DGA29, DGA32 dan DGA34.

2. Dari segi perkhidmatan dan kerja di sekolah tidak ada perbezaan langsung antara guru siswazah dan bukan siswazah.

3. Pengetua pula mempunyai peluang ke jawatan Pengetua Cemerlang DG52 dan DG54. Tetapi Guru Besar, cemerlang atau tidak hanya DGA34 itulah saja gred mereka.


Cadangan


1. Sistem Gred gaji bagi guru bukan siswazah dipanjangkan dari DGA29 hingga DGA40 seperti sistem yang diguna pakai dalamjawatan jururawat.

2. Dicadangkan agar jawatan Guru Besar Cemerlang diwujudkan dengan Gred DGA38 dan Guru Besar yang turut sama cemerlangnya yang dipindahkan ke JPN dan PPD sebagai Pengelola Kanan / Penyelia Kanan yang mempunyai hiraki kerja yang lebih tinggi diberikan Gred DGA40


2.Yuran peperiksaan matrikulasi


Rasional


Sejajar dengan pemansuhan yuran peperiksaan PMR, SPM dan STPM yang diumumkan dalam

Bajet lalu dipanjangkan juga kepada yuran peperiksaan matrikulasi


Cadangan


Yuran peperiksaan matrikulasi dimansuhkan


3. Bayaran pengawasan dan pemeriksa kertas peperiksaan awam

Rasioanal

Bayaran bagi pengawasan dan pemeriksa kertas peperiksaan awam telah tidak dinaikkan sejak lebih 10 tahun. Ini menyebabkan para guru tawar hati untuk menjalankan tugas tesebut. Tugas ini merupakan tugas yang sangat penting dan berat tanggungjawabnya.

Cadangan

Bayaran pengawasan dan pemeriksa kertas peperiksaan awam dinaikkan kerana kos sara hidup yang semakin meningkat

No comments:

Post a Comment